Kursus
................................

Jejak Wahyu
.....................................................
Program Kanak-kanak/Remaja
.....................................................
Pengajian
.....................................................
Pelatihan
.....................................................
Kajian Pembagunan
.....................................................
Peguruan

................................

 
 


  “Saya mewakili umat Islam Kemboja mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang kasihan akan umat Islam di Kemboja.

Semoga ibadah Korban & Aqiqah kita diterima oleh Allah SWT”
 



Ad Banner
  Buku Asas Keadah Al-Khyaar

 
  Klik Beli Online...  


  Cari :
 

 


JEJAK WAHYU

Jejak Wahyu adalah satu-satunya program pengajian Asas Kemahiran Membaca Al-Quran di Singapura kalau tidak di dunia yang tersusun dan terancang dari pada asas hingga khatam. Program ini disusun berbekalkan 'ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada al-Quran, contoh Rasulullah saw dan sejarah pengajian Salafush Shalih daripada kalangan para shahabat, tabi'in, tabi'i tabi'in, 'ulama qidam wal mutaakhkhirin radhiyallahu 'anhum ajma'in Insya Allah. Rancangan ini diambil dan disusun daripada hikmah dan panduan firman Allah swt seperti berikut:

ertinya:

… Untuk tiap-tiap sesuatu Kami jadikan daripada kamu peraturan dan jalan yang terang.

ertinya:

….Maka bertanyalah kepada ahlinya ( orang pakar ) sekiranya kamu tidak

mengetahui.

ertinya:

….Maka bertanyalah kepada ahlinya ( orang pakar ) sekiranya kamu tidak

mengetahui.

ertinya:

Dia mentadbir urusan ( seluruh makluqNya di dunia ), menjelaskan ayat-ayat ….

ertinya:

….Setiap waktu Dia dalam urusan ( kesibukan )

Daripada ayat-ayat di atas jelas kepada kita bahawa adalah tidak wajar dan tidak dapat diterima 'aqal yang waras bahawa Allah swt yang memiliki al-Quran daripada huruf-huruf, kalimat, ayat-ayat dan bunyi serta sebutannya akan membiarkan kita melakukan sesuka hati kita tentang proses pengajian, pengajaran dan pembelajarannya. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana Maha Mengetahui tentang kelemahan hamba-hambanya akan tetapi kita sendiri yang berlagak mengetahui semuanya. Dengarkan dengan mata hati kita ayat-ayat yang berikut ini:


ertinya:

Dan tidak berkuasa bagi seorang rasul untuk mendatangkan dengan satu ayat pun

( mu’jizat ), melainkan dengan idzin Allah …


ertinya:

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan ( iaitu ) al-Quran yang serupa lagi berulang-ulang, gementar daripadanya kulit-kulit orang-orang yang takut Tuhan mereka, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka kepada mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, menunjukkan dengan kitab itu siapa yang Dia kehendaki.

ertinya:

Penurunan al-Kitab ( al-Quran ini ) dari Allah Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu al-Kitab ( al-Quran ) dengan kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan mengikhlashkan agama untukNya

ertinya:

Dan jika aku mendapat petunjuk maka dengan apa yang diwahyukan kepadaku Tuhanku

ertinya:

…. Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepada kamu dari Tuhanmu ….

ertinya:

Dan tidak kamu berharap untuk diturunkan kepada kamu al-Kitab ( al-Quran ) melainkan

rahmat daripada Tuhanmu

ertinya:

Dan supaya aku membaca al-Quran. Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya ia mendapat petunjuk untuk dirinya sendiri

ertinya:

Sesungguhnya telah ada untuk kamu pada rasulillah suri tauladan baik ( untuk dicontohi termasuk belajar dan mengajar membaca al-Quran )

ertinya:

Wahai orang-orang beriman, jangan kamu mendahului Allah dan RasulNya…

ertinya:

Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakannya kepada kamu dengan kebenaran. Maka dengan perkataan mana lagi setelah Allah dan ayat-ayatNya kamu akan beriman

ertinya:

Yang Maha Pemurah, Yang telah mengajarkan al-Quran ….

Sangat penting disedari, diketahui, difahami dan dihayati bahawa pendidikan al-Quran perlu melalui tingkatan dan peringkat berikut ini:

1. Beriman dan percaya tanpa berbelah bagi bahawa al-Quran adalah Kalamullah swt
2. Perintah membaca adalah satu kewajipan, maka belajarlah supaya celik al-Quran
3. Membaca al-Quran mesti diusahakan hingga lancar, fasih dan mahir
4. Kemahiran membaca adalah persediaan untuk proses menghafal al-Quran
5. Ketika dalam proses menghafal, usaha boleh dibuat untuk memahami ma’na ayat
6. Apabila wahyu Allah dapat difahami, kajian dan penyelidikan dapat dimulakan
7. Setelah diselidiki, adalah wajar semua perintah Allah di dalam al-Quran di’amalkan
8. ‘Amalan yang berterusan akan meningkatkan lagi penghayatan al-Quran
9. Tamaddun al-Quran dapat dibangunkan dan berkembang di bumi Tuhan
10. Ta’allum, Ta’lim, Da’wah dan Mujahadah yang berterusan dapat membebaskan serta mengurangkan masyarakat kita daripada dibelenggu dengan sindrom ‘ BUTA al-Quran ’ yang bermaharajalela sekarang ini di kebanyakan negara Islam di timur, barat, utara dan selatan tidak terkecuali walaupun terdapat institusi pendidikan Islam, seperti masjid, madrasah atau persatuan Islam apatah lagi wujudnya cerdik pandai atau interlektual muslim kelulusan tinggi daripada seluruh dunia samaada dari dunia timur atau barat. Namun asas kemahiran Tilawah al-Quran hanya ditangani oleh segelintir guru, pemudahcara, pembimbing atau pak dan mak haji yang melalui proses pengajian, perguruan dan pelatihan atau tidak menyertainya untuk menjadi pendukung al-Quran yang pakar dan bertauliah daripada Allah SWT dan RasulNya.

ke atas  

 
   
Anda Pelawat ke
© 2009 AR-RIYAADH Pte Ltd. All rights reserved.       
Best viewed with Internet Explorer 8 in 1280 by 1024 pixels.