Matlamat program pengajian adalah untuk menjana umat yang berjiwa Al-Quran daripada sudut fisikal, mental, spiritual dan pembangunan manusia umumnya. Maka itu sumber dan asas pengetahuan harus mengutamakan pendidikan Al-Quran samada ianya berupa maklumat ‘ilmu, kefahaman, penyelidikan dan kajian, pengalaman, pembangunan dan penghayatan.
1. PERINGKAT PENGAJIAN LENGKAP
Pelajar lancar, fasih dan mahir membaca Al-Quran supaya dihayati dalam kehidupan.
2. PERINGKAT PELATIHAN
Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, pengalaman dan kemahiran mengajar Al-Quran.