::  PETA LAMAN |  DAFTAR ONLINE       
Pringkat Pelatihan
Pengajian  
Peringkat Pengajian
Lengkap
 
PERINGKAT PELATIHAN

PROGRAM PELATIHAN

Bagaikan kata pepatah: bagaimana kuihnya begitulah acuan. Kuih dan adunan perlu dimesrakan dengan ramuan yang suci, bersih, sedap, berkhasiat dan bermutu untuk selera dimakan untuk kesihatan.

Begitu juga dengan pengajian Al-Quran, memerlukan pembimbing yang berjiwa dan semangat ruh Al-Quran yang disemai dengan iman dan taqwa kepada Tuhan, peningkatan ‘ilmu pengetahuan yang berterusan, kefahaman para anbiya dan ‘ulama, berpengalaman mengajar luasnya seperti dalamnya lautan.

Di mana akan kita temui pembimbing yang serba boleh mengajar di setiap peringkat tertentu setelah menjalani pelatihan pentauliahan mengajar beserta dengan pentauliahan bacaan. Maka setiap peringkat latihan sudah ditetapkan harus melalui tidak kurang daripada 72 jam pelatihan.

ke atas  
Sijil Pembimbing - Introduction Quranic Reading

1. Asas Persediaan Membaca - 24 jam pertemuan – 6 jam x 4 hari
2. Asas Pengenalan Tajwid Mudah - 24 jam pertemuan
3. Asas Musyafahah Tajwid 'Amali - 24 jam pertemuan
                                                    72 jam

*Sijil Pentauliahan
– ujian tulisan & pengajaran mikro menggunakan buku atau al-Quran untuk semua peringkat pengajian.

Sijil Lanjutan Pembimbing - Elementary Quranic Recitation
3. Asas Musyafahah Tajwid Al-Quran - 24 jam pertemuan
4. Asas Musyafahah Khatam Al-Quran - 24 jam pertemuan
5. Asas Kemahiran Khatam Al-Quran - 24 jam pertemuan
                                                        72 jam

Sijil Lanjutan Pembimbing - Advance Quranic Recitation
6. Asas Talaqqi Musyafahah - 24 jam pertemuan
7. Lanjutan Talaqqi Musyafahah - 24 jam pertemuan
8. Kemahiran Khatam Al-Quran - 24 jam pertemuan
                                                72 jam

Khatam Al-Quran Skill – Diploma Lanjutan Bertauliah
9. Pembimbing Tilawah Al-Quran - 24 jam
10. Pentauliahan Tilawah Al-Quran - 24 jam
11. Ijazah Bersanad Khatam / Hafal Al-Quran

* Perlu diingat oleh setiap bakal pembimbing Al-Quran bahawa setiap peringkat pengajian adalah berlainan dengan yang lain. Selain daripada teori dan maklumat yang wajib diketahui, syarat yang perlu dipenuhi adalah pentauliahan keseluruhan bacaan Al-Quran atau sedang mengikuti penyemakan dan pembetulan bacaan.

Begitu juga pengajaran mikro atau praktikal sangat penting dilalui oleh setiap bakal pembimbing sebagai syarat kelengkapan kelayakan mengajar Al-Quran di setiap peringkat pengajian.

ke atas  

Rotating Banner


LAMAN UTAMA | MENGENAI KAMI | QAEDAH AL-AKYAAR | PERKHIDMATAN KAMI | JAWATAN | HUBUNGI KAMI | PETA LAMAN

© 2009 AR-RIYAADH. All rights reserved.
Best viewed in 1024 by 768 pixels.