PERINGKAT PENGAJIAN LENGKAP
 |
Introduction Quranic Reading
|
1. Asas Persediaan Membaca ( reading readiness )
2. Asas Kemudahan Tajwid ( basic easy tajwid )
|
|
Matlamat kedua-dua peringkat pengajian di atas adalah seperti berikut:
Pelajar mengenal bentuk huruf-huruf tunggal dan bersambung yang pelbagai.
Pelajar mengenal tanda baris atau bacaan Al-Quran dan bahasa ‘Arab.
Pelajar mengenal bunyi-bunyi yang berbeza antara gabungan huruf dan tanda baris/bacaan.
Pelajar dikenalkan dengan mudah dan tersusun hukum-hukum bacaan bertajwid secara bertahap.
Pelajar latih membaca dengan cara perlahan dengan betul berulang-ulang bacaan contoh guru pembimbing.
Pelajar boleh membaca dengan sederhana potongan ayat Al-Quran.
Pelajar boleh didedahkan dengan bacaan berirama atau bacaan berlagu.
Pelajar cenderung membaca Al-Quran tanpa jemu atau bosan.
|
|
Elementary Quranic Recitation – primary level
3. Asas Musyafahah Tajwid ‘Amali ( basic musyafahah tajwid ‘amali )
Matlamat peringkat pengajian di atas adalah seperti berikut:
Pelajar mengenal hukum-hukum tajwid Al-Quran secara teori secara bertahap.
Pelajar meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran bertajwid sehingga khatam.
Koordinasi penglihatan, pendengar dan lisan ditekankan supaya cermat membaca.
Suara dan pernafasan pelajar ketika membaca juga ditingkatkan.
Satu nafas bacaan ayat-ayat Al-Quran yang betul bertajwid dilatih berterusan.
Bacaan tilawah atau berlagu boleh dikukuhkan dan begitu juga hafalan surah.
Hafalan surah-surah lazim dimulakan ketika hampir khatam Al-Quran.
Pelajar cenderung membaca dan mengikut pengajian tanpa jemu atau bosan
|
|
Advance Quranic Recitation – secondary level
4. Asas Musyafahah Tajwid Al-Quran ( basic musyafahah tajwid al-Quran )
Matlamat peringkat pengajian di atas adalah seperti berikut:
Pelajar mengenal hukum-hukum tajwid Al-Quran secara teori secara bertahap.
Pelajar meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran bertajwid sehingga khatam.
Koordinasi penglihatan, pendengar dan lisan ditekankan supaya cermat membaca.
Suara dan pernafasan pelajar ketika membaca juga ditingkatkan.
Satu nafas bacaan ayat-ayat Al-Quran yang betul bertajwid dilatih berterusan.
Bacaan tilawah atau berlagu boleh dikukuhkan dan begitu juga hafalan surah.
Hafalan surah-surah lazim dimulakan ketika hampir khatam Al-Quran.
Pelajar cenderung membaca dan mengikut pengajian tanpa jemu atau bosan
|
|
|
Khatam Al-Quran Skill – college level
5. Asas Kemahiran Khatam Al-Quran ( basic khatam al-Quran skill )
Matlamat peringkat pengajian di atas adalah seperti berikut:
Pelajar terus meningkatkan kelancaran, kefasihan dan kemahiran membaca.
Pelajar mengukuhkan pengetahuan ‘ilmu tajwid secara teori dan praktikal.
Pelajar dilatih mengenal bacaan yang kurang tepat dan memperbaikinya.
Pelajar diajarkan supaya melatih bacaan Al-Quran yang terbaik.
Mengutamakan khatam Al-Quran dengan bertajwid dengan betul.
Al-Quran menjadi teman hidup untuk menjalani kehidupan. |
|
Talaqqi Musyafahah Quranic Skill – university level
6. Asas Talaqqi Al-Quran ( basic talaqqi al-Quran )
7. Lanjutan Talaqqi Musyafahah ( Advance talaqqi al-Quran )
8. Kemahiran Talaqqi Musyafahah
Matlamat kedua-dua peringkat pengajian di atas adalah seperti berikut:
Pelajar mengulang khatam Al-Quran lagi secara perseorangan.
Pelajar mengikuti pengajian talaqqi musyafahah untuk pentauliahan.
Pelajar mengkhatam tilawah Al-Quran kepada penyemak.
Pelajar diajarkan membezakan dengan teliti bacaan yang kurang tepat.
Pelajar boleh memperbaiki bacaan atau sebutan yang kurang tepat.
Contoh serta teguran bacaan guru pembimbing juga perlu dicontohi.
Mengenal pasti bakal guru pembimbing Al-Quran yang layak.
Berjiwa Al-Quran untuk meningkatkan mutu bacaan dan mengajarkannya.
|
|
Certified Quranic Recitation Skill – masters level
1. Kemahiran Tilawah Al-Quran ( certified tilawah al-Quran skill )
2. Pentauliahan Pembimbing Bersanad ( certified hifdz al-Quran )
Matlamat kedua-dua peringkat pengajian di atas adalah seperti berikut:
Pelajar mengikuti pengajian talaqqi musyafahah untuk mendapat pentauliahan.
Kelancaran, kefasihan dan kemahiran tilawah Al-Quran perlu mencapai 85%.
Tahap kemahiran tilawah Al-Quran dipastikan tidak menurun.
Penghafal 30 juz Al-Quran sahaja yang dianugerahkan pentauliahan bersanad.
Membangun keahlian dan kepakaran dalam pengajian Al-Quran.
|
|