::  PETA LAMAN |  DAFTAR ONLINE       
Visi & Misi
Pengenalan  
   
VISI & MISI


MATLAMAT AR-RIYAADH

Al Hamdulillah dengan ‘inayah dan iradahNya Ar-Riyaadh pusat pengajian Al Quran sepanjang hayat ini diharapkan dapat menjadi pilihan pelajar-pelajar dan pembimbing Al-Quran. Insya Allah.

Ar-Riyaadh akan memberikan tumpuan kepada dua program penting yang berkait rapat dengan pendidikan Al-Quran iaitu Program Pengajian Asas Kemahiran Membaca Al-Quran dan Program Pelatihan Asas kemahiran Mengajar Al-Quran.

Justeru itu Ar-Riyaadh telah menyusun program Al-Akhyaar. Kaedah terpilih ini akan memperkenalkan sistem pengajian lengkap yang pasti mencapai matlamat pendidikan Al-Quran, pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan pembangunan minda dan teknologi manusia, teknik pengajaran yang kreatif lagi inovatif untuk menyemai rasa kecintaan membaca Al-Quran sepanjang hayat dengan penuh keikhlasan dan kesabaran mengharap keredhaan Allah swt. Justeru itu Al-Akhyaar membawa syi’ar ‘ Daripada Al-Quran Kepada Al-Quran ’, sesuai dengan firman Allah swt di dalam surah al-Isra 17 yang ertinya:

‘ Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada ( jalan ) yang lebih lurus …’
ayat 9 ‘

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat kemuliaan kamu, tidakkah kamu memikirkan ’
surah al-Anbiya 21 ayat 10

Al-Akhyaar kaedah terpilih istimewa kerana:

1. Sumbernya adalah Kecerdasan Qurani atau ‘ Quranic Intelligence ’.
2. Contoh bacaan daripada Al-Quran dan sesuai dengan bahasa ‘Arab.
3. Menggunakan pendekatan kata kunci yang mudah dihafal dan difahami.
4. Sistem holistik 6P diiktiraf pendidik dunia untuk mengajar membaca.
5. Sukatan pelajaran dan rancangan pembelajaran yang bertahap.
6. Teknik pengajaran berkesan yang pelbagai.


Rotating Banner


LAMAN UTAMA | MENGENAI KAMI | QAEDAH AL-AKYAAR | PERKHIDMATAN KAMI | JAWATAN | HUBUNGI KAMI | PETA LAMAN

© 2009 AR-RIYAADH. All rights reserved.
Best viewed in 1024 by 768 pixels.